CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 14, 2009

wholeheartedly : unwritten

i dun plan to write though.. but i'm missing to storytelling about my twin gals. umi hope the best for you in heaven.. umi cant recall how many times ive heard u almost everyday, last year this period of time. been quite lucky to have seen u alternate days while warded back then. hani, hana.. people tend to say, it will get better with time.. time soon heal. im giving interruption to papa's serenity. im losing it again.. miss u loves!

Friday, January 16, 2009

waLking dAy by dAy to tHe pAst.. (start teraphy)

today a year ago, umi bleeding lagi. kisahnye bermula tgh hari of 16.1.2008, baru lepas jumpe tony, kawan daddy yg recommend masuk current ofis. dah 3 bln keja mase tu, still tak dpt jumpe dia.. maklumlah headkan bz bagai. so lepas, sembang2 ngan dia; ingat lagi black berry dia ilang a day before. dia cite how a good person in mamak stall has return back his black berry after tony mssg kat black berry dia himself, suh org yg jumpe tu return n he will pay so-n-so. ntah bape lah mat tu dapat. anyway, finish chit chat, i went to toilet rase cam basah2 je kat bawah tu. check2 i bleeding. papa rushed me to emergency ppum. Dr Khind attended to me after 3 hours plus waited. tu lah 1st time tahu ade twins after 3 month carrying them...


-16.1.2009-Bid farewell to my ofis
My Last Email to you - from Bro Ajep

To my dearest sister, Nana,
Read Carefully and Understand the Meaning:
Nobody is perfect until you fall in love with them. Love starts with a smile, grows with a kiss, and ends with a tear. Don't cry over anyone who won't cry over you. What do you do when the only person who can make you stop crying is the person who made you cry? If love isn't a game, why are there so many players? Good friends are hard to find, harder to leave, and impossible to forget. You can only go as far as you push! Actions speak louder than words. The hardest thing to do is watch the one you love, love somebody else. Don't let the past hold you back, you're missing the good stuff. Life's short. If you don't look around once in a while you might miss it. A best friend is like a four leaf clover, hard to find and lucky to have. Some people make the world special by just being in it. Best friends are the siblings God forgot to give us. When it hurts to look back, and you're scared to look ahead, you can look beside you and your best friend will be there. True friendship never ends. Friends are forever. Good friends are like stars... you don't always , but u know they are always there. Dont frown, you never know who is falling in love with your smile. Everything is ok in the end. If it's not okay, then it's not the end. Most people walk in and out of your life, but only friends leave footprints in your heart.
If you love something, let it go..
If it comes back to you, its yours...
If it doesn't then it never was.
A kiss is just a kiss until u find the one you love. A hug is just a hug>until its from the one ur thinking of. A dream is just a dream until u make it come true. LOVE is just a word until its proven 2 u. Send this on to everyone special in your life, even the people who really make you mad sometimes. ....but it u r not / ever made me mad b4, hehehehehe...... Remember!!!, every minute spent angry is sixty seconds of happiness wasted. Everything is okay in the end. If it's not okay, then it's not the end. Most people walk in and out of your life, but only friends leave footprints in your heart.


Tuesday, January 6, 2009

berDoalaH...

ud'uni astajiblakum = Berdoalah kpdKu NESCAYA Ku perkenankan..
Bila Tuhan segera makbulkan do'amu, itu tanda Dia kasihkan dirimu...
Bila Tuhan lambat makbulkan do'amu, itu tanda Dia mengujimu...
Bila Tuhan tidak makbulkan do'amu, Dia ada perancangan lain buatmu.

teman yg same fwd ni -KISAH PENJUAL TEMPE

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya,tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi-Nya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepada-Mu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin."

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Allah dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang blum menjadi ini." Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanitai itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di luar negara teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke luar negara, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di sana nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Allah...
** anak kat obersea laarrr!!

iktibar..
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hamba-Nya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga solat lima waktu, menutup aurat dan memelihara pergaulan, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan.. . Menjauhi larangan dan kemungkaran ........
_____________________________________________________________________________________


Mama and daddy dah balik Malaysia on 27dec08 from Jogyakarta. Alhamdullillah sumer ok. Then 31dec08, mama+papa plak gi Bandung+Jogya. Mase nak check mama+papa punye flight changes punye lah susah. Dpt sms frm Airasia kate ade changes in time. tapi info yg dia bagi pon salah. so bile nak double confirm jenuh bape hari x dpt get thru airasia customer service. rupe2nye ade announcement at the website stated airasia is upgrading their system and ask customer to be patience as the call centre are heavily congested. with mama+papa condition yg travelled frm Ipoh to Penang on 27dec, to see their 4th cucu or 2nd alive cucu and 3rd g.daughter or 1st alive g.daughter, with their cirit-birit and god-knows the hassle they are trying to settle on their flights. at one point, umi tetibe taknak tolong. why? sbb buat macam2 cara, ade je block. susssaah sgt!! mcm ade reason je their flight delay and unable to contact airasia. their actual boarding time is 10am. tapi changes was written for 11am delay to 3pm fligt. so mcmana tu? should they just go airport for 10am tu or 3pm? kalo btol changes tu they have to wait frm morning sampai ptg. kalo salah changes tu, they must have miss the mornig flight. last2 umi call hubby, im feeling bad about this. i dun want to help, i dun want to know that im part of this. incase if anything should happen, i would blame myself to get them on board. sampai nanges2! hubby suh ckp ngan mama+papa, i said i taknak. i dun wanna know.. and shut my self! then few days after, hari2 try call mama+papa, phone couldn't be reached. lagi2 ngan case gunung begegar 7 skala richter(betul ke ni?). aduii isau betul!! tak henti doa...

alhamdullillah! they called on sunday kate flight balik 5/1/09 delayed at 430pm. should sampai 8+. smalam they mssg 2am, kate dah sampai ipoh. they drove back after lepak dinner umah Pacik Aman in Jelutong.

Surah Yusuf ayat 40: “Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembuh selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”

Wednesday, December 31, 2008

kaMu laYAk diUji...part tHRee

continued..

Tetapi kamu terlupa.
-Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepada Allah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidup ini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.
-Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah dan meletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.
-Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itu semua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.
-Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatu jaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanya mertua.
-Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalu mengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.

Garis yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusia yang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.
______________________________________________________________________________________
buktinya ade pada umi. umi masih hamba Dia, umi mungkin lupe pd Dia, mungkin rindu Dia pd umi hingga memanggil pulang hani+hana. agar umi berpatah kembali pd Dia, mcm dulu2.. bagai KKI, mase perjanjian kite sbelum ruh ditiupkan. sumer org nak jadi terbaik, anak yang baik dan soleh/solehah, being a good abang/kakak/adik as a role model, becoming committed staff to work, showing devotion and passionate to wife/hubby and kids dearest! and insya Allah, panjang umur jadi the best-ever-advanced grandma n grandpa to dear cucu-cicit-piat*


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]
= Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suami soleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua, maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawa ALLAH sedang berbicara kepada kamu.Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna.
HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.
HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.
HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]
Kita sentiasa layak diuji…Kerana kita adalah HAMBA.Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI

-the end-
salam Maal (1430) Hijrah!

Friday, December 26, 2008

kaMu laYAk diUji...part tWo

continued from forwarded email dari temanku itew.. ntah mengapa, email ini masih lagi menyentap nuraniku. masih ade kesan yang masih tinggal, tebenam... mendalam.. sungguh tajam!

MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYA
Agar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yang di luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalah hamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja oleh Pemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalah kerana kita hamba, milik Dia? Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepada hamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA. Buruk sangka, tidak mencari ‘bicara Tuhan’ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputi jiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.

-Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?
-Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga, dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?
-Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelah jiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?
-Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yang mengundang sengsara?
-Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anak mereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?

Mengapa semua ini berlaku?
Itulah bicara Allah kepada kamu…Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.
-Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga keba jikannya adalah KERANA DIA.
-Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.
-Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.
-Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasan dengan sempurna adalah KERANA DIA.
______________________________________________________________________________________

Tapikan dulu mase dulu.. kecik2! umi tak pernah tahu yang "kanak2 istimewa" aka KKI akan dilanda musibah lagi.. LAGI? umi still ingat ustazah penah cakap, doa KKI ni selalu dimakbul Tuhan, selalu Allah dengar dan perkenankan.. umi penah doa, mintak ampunkan dosa2 mama dan daddy, berikan petunjuk dan hidayah pada mama and daddy, lindungi mama and daddy dari neraka dan tempatkan mama and daddy dalam syurga. umi penah gave up, sedih sebab nape lame sangat nak jadi, tak macam yg ustazah cakap pon. bile umi merangkak dewasa, masih teingat lagi ustazah yang ajar, KKI ni Allah tahu kemampuan dia kalo dia tak semayang, dia tak ngaji. umi pon macam takbleh dikategorikan KKI kalo umi bleh faham, bleh belajar, buat lebih dari kekurangan umi. umi pon mula sedar, umi mungkin bukan KKI yang ustazah maksudkan, bukan yang cepat doa Dia angkatkan. umi mula punyai dosa, mula jadi nakal dan jahat-siket-siket tapi ade baik jugak kut. so membesar bagai johan macam budak2 lain yang sempurna... cuma agak reserved siketlah. umi pemalu and penakut orangnye! all due to my kekurangan. cume bile umi dah terbiase campur dgn kelompok yg sempurna ni, kekadang mereka macam pelik nape umi cam takut2 dlm berani. camane nak cakap eh?! tade idealah.. nantilah kalu ade idea, umi tulis part ni. kang cerite lompat2 plak!

despite all that, umi masih doa ntuk mama and daddy. alhamdullillah, umi lihat sekarang mama and daddy bahagia berdampinganNya. Ya Allah, terima kasih! kau peliharalah mama+daddy dan mama+papa dlm kasihMu hingga ke akhirnya. dan dulu, umi ade jugak terdetik bile dengar org2 mengate umi, so called "friends", biaselaah budak2 suke mengate bende yg tak cantik, nampak yg tak elok, eeeeeii! umi pon budak lagi mase tu.. so hati berkate takpela, so and so.. kang besok2 org yang mengate tu terus ade sumething slack kat physical dia. orang lain pon notice. tapi umi diam je tengok, rase mcm ini ke "dia"? yang ustazah cakap mase kecik2 dulu tu. ade lagi kejadian waktu lain, different sexes different timezone tapi someone closed to me. umi mmg tak penah dgr la mereka ni mengate, maybe they story-mory back to other friends about me ke, biase lah(belum bab hati mereka yg terdetik ni)umi pon ade cite2balik, story kat orang lain unless mende tu secret. kekadang pon ade bocornyer :p next thing i heard, ade orang bicara mengenai mereka yang "kurang" tetibe. hmm.. mcm mane tu? tapi umi diam lagi, utk kawan2 umi tu, umi doakan balik kalo kekurangan yang itu adalah yg terbaik utk dia, smoga Allah bekalkan keinsafan pd Dia sbb Allah suke pada hamba Dia yang berdoa dan mengadu pdNYa. smoga kekurangan itu tidak merosakkan mereka, sbb tak sengaja.

last year, about same time.. masih berulang lagi, bile mem tetibe jatuh pengsan kat klcc. few days before tu, ade ckp pasal fat-kurus body la, kalsium and watever -sium lain yg cukup consumed ntuk body dia altho tiny, so can makan byk2 and don bother to diet. sbb her metabolisme rate is high! tup-tup one weekend, out of sudden, all alone, she fainted and admitted. seminggu tak dtg ofis. umi tak ckp pepe pon! diam jer...

teingat 26dec07, umi 1st time met Gynae PPUM, Prof Nuguelis sbb bleeding. patutnye appoinment 31dec, tapi dah emergency. scannned baby, heartbeat sumer ok. mase tu 1 heartbeat je dengar. yg cyst tu masih ade and didnt grow. dah puas check darah+condition sumer, leh balik. nx appmt, 30jan08.

Friday, December 12, 2008

kaMu laYAk diUji...

“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pinta seorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga. Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak? Tidak perlu. Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalah milik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasa mutlak ada padanya. Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambing dewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiada pertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum, penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidup sejahtera.

Ada apa di sebalik kisah kambing? Emel ini diforward oleh teman dan sememangnya menjadi igauan persoalan underneath my head sometime ago after the tragedy took place.

“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]

Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah. Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam, Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada Rububiyyah Allah. Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbina dan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani Rububiyyah Allah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya, menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalam hidup ini. Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaan manusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah. Justeru dalam ‘kesempurnaan’ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagai HAMBA.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji. “Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa. Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah, Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnya menghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?

A lot of things umi and papa shared during our journey back to Penang for raya Hajj the other day. Betapa nipisnya the line untuk kite berubah dari sebaik-baik manusia ke seburuk-buruk manusia. Betapa bahayanye perkataan atau janji bile kita sokmo yakin kita tak akan terjebak menjadi terlampau tamak, terlalu perfect, terpaling hebat.. which in a split second things could change otherwise. Setiap manusia yang kita lihat jahat sekarang, cuba imbas semula zaman kecil-kecil dia, ada ke dia pernah termimpi nak jadi orang jahat? Dia pernah terniat ke nak buat macam tu? Itu bagi orang yang kita lihat jahat, dan kita seranah dia "padan muka, biar masuk jail, biar kene hukum setimpalnya, biar anak dia plak balas serupa baru dia tahu.." Sedangkan alim-ulama' pon tak tentu lagi hidupnya selamat dari bergelumang dosa inikan kita manusia biase. Allah yang mencorakkan kita, Allah beri apa yang dia kehendaki dan Allah ambil bila dia nak... Allah yang punya!!!

Friday, December 5, 2008

yesTErdAy... 04122008

Guess what? i've cancelled my immunisation (6 mth plan) after a thorough thinking and research here and there. Last 2 night, my eyes were teary and i knew my subconsicous mind is missing my twins. something amissed in my tummy, the sensation feels longing for a small kick. so yesterday, i called up and queried few clinic Kesihatan and Government Hospital of the need to take Hepatitis B immunisation. Concluded by my MIL, mama ex-matron affirmed my decision as the prevention is significant for babies & toddlers and for adult, as long as u live the healthy way - kehidupan yang bermoral (no changing sex partner or do drug) then there is no way of having the disease. Even thru blood transfusion via hospital frm blood donation body, the expert would go through a very tight procedure; screening and check on the blood compatability to the patient/recipient. As for now, we haven't heard anyone summone hospital for causing patient to suffer HIV or have HEP thru blood donation. Nauzubillah! we're human nevertheless, may this mistake is taken away from happening to all of us.

Addition to that, I called my sayang (again), what do u think? shoud we proceed with the originen plan or immunisation? as always, he sounded so cute on the phone..."6 bulan lame la sayangg.." and so I knew, a baby is missing dearly, to curdle and play with. Dengan lajunye, i ckp ok, i'll arrange with my gynae to set an appoinment. Jom!!! My gynae plak on the other hand, was shocked as she had set to see me on 14th May next year based on my words to take the immunisation plan first. hhehehe!! i cant keep to my words, not that laa... just another direction was showed to me. May Allah guided me on this one. With His blessings, pinjamkan pd kami secangkir kasihMu, setulang kudratMu, setangga usahaMu, sekeping sabarMu dan sekalung RedhaMu agar kami menjadi hamba2mu yang bersyukur, yang tawakal dalam meniti penantian suratanNya, yang dapat meneruskan harapan dalam mimpi kami, dalam doa kami, dan dalam sujud kami... amin Ya Rabbil alamin!

to a cyber friend, we have not met nor talk but i sincerely thankful Allah for showing me the inside YOU; your words and love has reached the broken souls when their life has stumbled down and hope the spirit in you will continue overwhelming people out there.. u know who u are, sis RG... "Alhamdullilah... hv a strong faith in Allah sis and never give up trying... sometimes d reason Allah test us is to see how we react to d test... d more we don't give up d more ehsan He'll bestow on us... insya'Allah. At least ur twins is ur ticket to jannah too."

Hujan yang sedang membasahi bumi, menggamit rindu umi ke pusara. Esok pagi, we'll go and see sayang berdua. Doakan umipapa yer sayang.. doalah dimurahkan rezeki and hope u'll get adik soon. At night, we'll gerak to Ipoh/Penang depending mama and FIL; papa raya haji kat mane. Salam Korban!
visited our beloved twins on 06122008
(Al-Fatihah)